Lefthanded.



Annyeonggg! An Independent High School Girl, My true name is Syue. Yoora is my hangul name :) Fans of Jang Geun Suk & Im Yoona. 14.12 ♀ I'm twinslicious. Want more? Click "about"

facebook twitter tumblr



Kehidupan di Sekolah : Pelajaran yang tiada dalam Buku Teks
Monday, October 4, 2010 @ 6:03 PM // [0 letters]

Kehidupan di Sekolah:
Pelajaran yang tiada dalam Buku Teks

simpan ia
e-mel ia
cetak ia
Kita habiskan kebanyakan masa di sekolah. Di sekolahlah kita membentuk sebahagian daripada kepercayaan, nilai dan persahabatan. Orang yang kita jumpa di sekolah menjadi satu tambahan kepada keluarga kita. Sebagai pelajar, tentunya kamu melalui 1001 macam perkara. Pengalaman begini yang menyumbang terhadap perkembangan individu. Hidup sebagai seorang pelajar tak semestinya mudah. Kita berhadapan dengan pelbagai halangan tetapi pada masa yang sama kita tetap berseronok dengan rakan-rakan. Dan jangan lupa, pelajaran tidak terhad di dalam kelas sahaja. Semakin kita membesar, persekitaran akan menjadi kelas kita dan pengalaman yang diperolehi merupakan guru terbaik.
Sebagai seorang pelajar, memang satu cabaran untuk berjaya dalam akademik dan pada masa yang sama, diterima oleh rakan-rakan. Mengekalkan pencapaian akademik yang bagus bukannya mudah. Ia memerlukan kerja keras dan disiplin. Untuk itu, kamu perlukan keluarga dan rakan untuk memberikan sokongan. Berikut merupakan cara-cara bagaimana untuk menyeimbangi akademik dan keseronokan bersama rakan-rakan:
Pilih Rakan dengan Ciri-ciri yang Sama. Jika kamu berkawan dengan orang yang sekepala denganmu, tentu hidupmu menjadi lebih mudah. Rakan kamu mungkin tak setuju denganmu sepanjang masa, tapi ia pasti menyenangkan apabila kamu berkongsi pendapat yang sama dalam apa yang lebih penting dalam hidup. Contohnya, kepentingan pendidikan dan disiplin, isu-isu moral dan menghormati keluarga. Rakan-rakan kamu juga perlu mempunyai nilai moral yang sama dengan kamu. Adalah cukup penting untuk rakan kamu membantu kamu berkembang dan bukannya “menguncup”. Prinsip yang sama juga kena kamu amalkan untuk rakan-rakan kamu.

Buat jadual dan ikut. Pengurusan masa adalah penting untuk pencapaian akademik dan juga aspek-aspek lain dalam hidup kamu. Tetapkan jadual untuk mengulang kaji dan ikutinya. Luangkan masa tertentu untuk rakan kamu. Jadilah lebih fleksibel jika perlu. Pada masa ini, relaks dan berseronoklah. Kamu patut rasa bertuah kerana mempunyai rakan-rakan yang memang ‘ngam’ bersama.
Tahu keutamaan kamu. Apabila terdapat tarikh akhir yang perlu dipatuhi dan peperiksaan dalam beberapa hari, cuba susun kerja kamu mengikut keutamaan. Ia penting untuk menyelesaikan kerja. Ini akan membuatkan kamu lebih fokus terhadap matlamat kamu. Jadilah lebih sabar dan berdisiplin. Kamu pasti tak akan menyesal.
Berpegang pada keputusan kamu. Jadi tegas bila perlu. Rakan-rakan kamu patut tahu apakah keutamaan kamu. Biar mereka lebih menghormati kamu sekiranya kamu memegang pada keputusan. Janganlah jadi orang yang mudah terpengaruh dan ketahui apa yang kamu mahu dalam hidup.
Kongsi kejayaan. Janganlah syok sendiri pula. Kongsi kejayaan kamu dengan rakan-rakan. Tiada orang yang mahu hidup bersendiri. Membuatkan rakan-rakan kamu sebahagian daripada kejayaan kamu adalah penting untuk kerja berkumpulan dan sokongan berterusan.
Merendah diri. Dengan kerja keras dan disiplin, pasti tak sukar untuk mencapai cita-cita kamu. Akademik kamu akan lebih sukses dan kamu akan dikagumi oleh rakan dan keluarga. Namun begitu, sentiasa merendah diri dan janganlah berlagak pula. Kamu pasti akan lebih disukai.
Ucap terima kasih. Jangan lupa untuk berterima kasih kepada rakan-rakan dan mereka yang telah menyokong kamu. Perhubungan kamu dengan mereka tentunya lebih daripada kampus sekolah. Bersahabatlah dan bukannya bermusuh dengan sentiasa mengingati mereka.

← NEWER
OLDER →