Cerpen : Tak semua september manis !
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
oh hello. annyeonghaseyo :)
Hari ni cuti, so seriously bosan. Nih ada benda yang bukan bukan yang aku buat untuk korang. Lelelelele. Cerpen kot? HAHAHAHAH. Tajuk dia, Tak semua september manis!? Lawakkan?
Lalalala.
Tiada kena mngena antara hidup dan mati :) Ini karut je nih!
12 September ; Aku dapat friend request dari kau, macam biasa. Semua orang aku approve. Hihihi!
15 September ; Kau say thanks sebab approve kau sebagai kawan. (: Aku say welcome!
17 September ; Aku bosan harituh, aku nampaklah status kau! Kau kata kau lapar. Aku katalah kesian.Kita gunakan penggunaan huruf I-You.
20 September ; Kau tegur aku kat chat. Aku tanyalah kau siapa. Then, kau kata kau sepupu kepada kawan aku. Okay, aku faham.
22 September ; Makin lama, aku dan kau semakin rapat. Setiap kali aku online, mesti kau tegur. Hati aku mulalah berbunga-bunga.
23 September ; Kau minta nombor telefon aku. Aku bagilah. Selepas tuh, kau tanya aku dah couple ke belum? Aku pelik. Aku katalah belum. Then, kau kata 'Jom Couple!'. Aku setujulah! Sebab dah lama aku simpan perasaan kat kau.
25 September ; Aku ternampak profile seorang perempuan ni, kat profile kau. Bukan main mesra dia dekat profile kau. Aku mula lah cemburu.
28 September ; Aku menangis di atas katil berseorangan. Aku tanya kawan aku siapa perempuan dalam profile kau, dia kata tuh girlfriend kau. Kau orang dah lama dah couple. Mak kau pun kenal perempuan tuh. Aku tertanya-tanya kenapa kau main kan perasaan aku? Kau kata kau rindu aku! Semenjak itu, sudah dua hari kau tak online. SMS ku kau tak balas. Kalau kau tak bersalah, kenapa kau sembunyikan diri daripada aku?
29 September ; Akhirnya aku puas hati. Tapi, perasanku masih sedih. Kau sudah mengaku kau hanya memainkan perasaan aku kerana kau mahu mencemburukan kekasih kau itu. Kerana kau bergaduh dengannya. Walaupun, aku sedih. Ada terselit gembira didalam hatiku kerana lagi dua hari kau akan bertunang dengan kekasih kau itu. Aku suka apabila orang yang aku sayang akan bahagia. Tapi, hatiku masih ada luka.
30 September ; Terima Kasih, kerana melukakan hatiku dan memainkan perasaanku. Tidak akan ku lupa. Tapi, jangan risau setelah luka ini sembuh. Aku pasti aku akan memaafkan kau. Aku ingat september itu akan menjadi bulan yang manis bagiku. Rupanya itu hanya bayangan indahku.
Ikhlas, Kekasih Facebook.
Sedihkan? Hahaha. Hasil karya sendiri ni beb . Walaupun ayat --'
|