Lefthanded.



Annyeonggg! An Independent High School Girl, My true name is Syue. Yoora is my hangul name :) Fans of Jang Geun Suk & Im Yoona. 14.12 ♀ I'm twinslicious. Want more? Click "about"

facebook twitter tumblr



Teater/ZoOm : Badai Semalam
Sunday, October 30, 2011 @ 11:20 AM // [0 letters]
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

:) ini dari pada murai.com.my. terima kasih~
saya hanya share k..

Erra Fazira, Aaron Aziz Teraju Utama Badai Semalam


KUALA LUMPUR, 20 MEI 2011: Yakin Erra Fazira dengan Aaron Aziz mampu menjayakan watak Mazni dan Karim dengan sempurna, ia membuatkan pihak Istana Budaya tidak teragak-agak untuk memilih kedua-dua pelakon tersebut untuk membintangi teater Badai Semalam yang bakal dipentaskan di Panggung Sari pada 11 November hingga 20 November 2011 depan.

Malah, pihak Istana Budaya percaya penglibatan Erra Fazira dengan Aaron Aziz dalam pementasan teater yang diangkat daripada naskhah novel sastera itu akan mampu menarik khalayak penonton untuk datang memenuhkan panggung yang penuh berprestij itu.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohd Juhari Shaarani atau lebih dikenali sebagai Abang Joe berkata, pemilihan kedua-dua pelakon tersebut juga secara tidak langsung akan mencantikkan lagi perjalanan teater tersebut.

"Apabila IB mahu mementaskan teater ini, saya sudah membayangkan siapa yang sewajarnya memegang watak utamanya iaitu Mazni dan Karim. ia memang sangat sesuai dibawakan oleh Erra dan Aaron. Kedua-dua mereka mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri.

"Malah, saya juga yakin dengan pemilihan tiga lagi artis dalam pementasan teater ini iaitu Umie Aida, Ziela Jalil dan Fizz Fairuz sebagai pelakon pebantu. Mereka akan dapat memperkuatkan lagi tarikan dalam pementasan teater tersebut," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan barisan pelakon utama teater Badai Semalam,yang diadakan di IB, semalam.

Merupakan produksi ulung Istana Budaya untuk tahun ini, Abang Joe berkata lagi, naskhah sastera karya Khadijah Ibrahim itu telah diadaptasikan kepada teater kerana ia mesejnya yang cukup kuat yang mana ia mengisahkan tentang perjuangan seorang wanita di zaman 70-an.

"Kisah Badai Semalam mempunyai mesej yang berguna tentang seorang wanita yang hidup di zaman 70-an yang mahu berjuang untuk mengenali serta mencari siapa dirinya. Ianya juga memaparkan kehebatan seorang wanita. Itulah antara sebab mengapa IB memilih naskhah tersebut," katanya yang menjanjikan teater tersebut pastinya akan menambat hati penonton kerana dihiasi dengan props dan tatarias pentas yang menarik.

Lebih menarik lagi, jelas Abang Joe, belum pun Badai Semalam dipentaskan, ia telah pun mendapat perhatian pihak seberang tambak yang mahu mementaskannya di Esplanade.

"Pihak Esplanade telah pun menyatakan minat mereka untuk membawa teater ini ke sana. Insya-Allah kalau ada rezeki mungkin teater ini akan ke sana nak menghiburkan masyarakat di sana pula," jelasnya yang mengharapkan agar kehadiran Aaron Aziz mampu memikat khalayak di sana untuk datang menyaksikan teater itu kelak.

Sementara itu, Erra Fazira berkata, watak Mazn yang baka dibawakannya itu adalah satu cabaran buat dirinya. Lebih-lebih lagi apabila naskhah sastera itu telah memberi impak yang cukup besar dalam kehidupan pencinta sastera dan novel.

"Satu peluang keemasan buat saya kerana karya Badai Semalam ini amat digemari ramai. Jadi, pastinya satu tugas yang berat perlu saya pegang untuk mrealisasikan Mazni. Saya juga perlu buat kajian mengenai watak ini agar ianya tidak akan mengecewakan peminat novel tersebut serta peminat teater secara keseluruhannya.

"Selain itu, saya amat teruja untuk terlibat dalam teater ini kerana saya berpeluang bekerjasama bersama dua rakan baik saya, Umie Aida dan Ziela Jalil," jelasnya lagi.

Labels:

← NEWER
OLDER →